Istora Gelora Bung Karno
Istora Gelora Bung Karno

Istora Gelora Bung Karno

Istora Gelora Bung Karno (singkatan dari Istana Sukan Gelora Bung Karno, disebut pula Istora Senayan) adalah sebuah stadium sukan tertutup yang terletak di dalam kompleks Gelanggang Sukan Bung Karno di daerah Jakarta, Indonesia. Kapasiti asal Istora adalah 10,000, kemudian selepas diubah suai dan dibuka kembali pada tahun 2018, kapasitinya menjadi 7,166.[3] Arena ini sering menjadi lokasi kejohanan badminton. Acara perdananya adalah Piala Thomas 1961.[4]Bangunan sukan ini digunakan sebagai kelengkapan prasarana dalam rangka Sukan Asia 1962.[5] Istora dibuka sejak tanggal 21 Mei 1961 sebelum Piala Thomas 1961 yang diadakan di Jakarta.[4] Istora diubah suai untuk menjadi tuan rumah Sukan Asia 2018 dan Sukan Para Asia 2018.[6] Acara pertamanya selepas diubah suai ialah Indonesia Masters 2018. Semasa Sukan Asia 2018, Istora menjadi lokasi perlawanan badminton serta bola keranjang, sementara ketika Sukan Para Asia 2018, arena ini merupakan tuan rumah perlawanan badminton.[7][8][9]

Istora Gelora Bung Karno

Pemilik Pemerintah Indonesia
Ditutup 2016–2018
Koordinat 6°13′13.2″S 106°48′22.5″E / 6.220333°S 106.806250°E / -6.220333; 106.806250
Permukaan Kayu
Nama lama Istana Olahraga Senayan (1969–2001)
Pecah tanah 8 Februari 1960 (seluruh kompleks)
Lokasi Gelora, Tanah Abang, Jakarta Pusat
Dibuka 21 Mei 1961
Kapasiti 7,166[2]
Sejarah kapasiti
  • 10,000 (1962–2008)
    9,500 (2008–2016)
    7,166 (2018–sekarang)
Diubahsuai 2016–2018
Kos pembinaan $12,500,000 (1958, seluruh kompleks)
Rp132 bilion (2016–2018)[1]
Dimensi padang 50 oleh 25 meter (55 oleh 27 yd)
Papan mata Seiko
Pengendali Pusat Pengelolaan Kompleks Gelora Bung Karno (PPKGBK)

Rujukan

WikiPedia: Istora Gelora Bung Karno //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Istor... https://www.bola.com/asian-games/read/3632499/asia... https://sport.detik.com/basket/d-3689964/potensi-m... https://sport.detik.com/fotosport/d-4244549/atlet-... https://sport.detik.com/raket/d-3833851/istora-sud... https://megapolitan.kompas.com/read/2018/07/10/083... https://megapolitan.kompas.com/read/2018/08/31/221... https://www.liputan6.com/asian-games/read/3621525/... https://sports.okezone.com/read/2017/01/18/40/1594... https://gbk.id/istora/